Masa akan berangkat ke jakarta tinggal lagi 2 hari je. Dalam pada masa ni juga, aku buntu dan semakin buntu coz aku baru perasan status aku saman kat laman web ptptn. Aku punya lah search kat google apa kes kalau saman ni coz aku takut aku dah berharap untuk pergi ke sana tiba2 tak jadi plak kena tahan. Mau2 pengsan aku kat situ..
Aku baca kat laman web ptptn tulis kalau blacklist tak boleh buat passport pun. Aku baru je buat passport ni, alhamdulillah lepas. TAPI, aku dgr2 ada kawan2 ckp kalau sampai kat imegresen nnti kena tahan sebab status: saman ni parah.. Adoi~
Aku selidik lagi, ade yg tulis kalau status saman ni mungkin tak lepas pergi ke luar malaysia, diorang minta jelaskan dulu sedikit bayaran. Isx pening2..
Apa2 pun aku kena call ptptn esok nak pastikan ape kes sebenarnya aku ni, terumbang ambing mcm bot nak karam hidup aku minggu ni.. Jerawat jgn cakaplah, naik tak tentu pasal.. hmmm...
15 May 2011
ALhamdulillah
Setelah sebulan tak update blog ni, akhirnya aku kembali.. dengan perasaan yang lebih tenang dan sihat.. Sebulan yang lepas aku terkena buatan sihir dari manusia yang kejam dan sentiasa cemburukan aku. Syukur alhamdulillah berkat kesabaranku, aku pulih dan sembuh. Ya Allah, jauhkan aku dari jin, syaitan dan juga iblis. Aku bersyukur sangat dengan apa yang Kau tentukan untuk aku dan juga keluargaku. Aku terima dengan redha kerana aku pasti ini adalah satu2nya jalan untuk Kau berikan aku lebih dari apa yang aku ada sebelum ini. ALHAMDULILLAH~
Subscribe to:
Posts (Atom)