Ads 468x60px

Labels

Visitor Counter

Tags

20 August 2014

Adab Kejutkan Anak Dari Tidur




Ulasan aku:

Ya, aku percaya kaedah ni berkesan untuk anak yang susah bangun tidur. Masa aku kecik2, aku rajin bangun awal pagi. Bila dah meningkat sekolah menengah aku liat skit bangun. Ini lah cara mama kejutkan aku dan adik beradik yang lain. Jujur aku cakap, sampai masuk universiti aku tak pernah fail bangun awal pagi. Sampaikan kawan2 panggil aku "alarm". Azan subuh je aku akan bangun kejut satu rumah.. Bukan tu je, siap ada yg bg time pukul 8pg kejut si polan A, pukul 7.30pg kejut si polan B.. Melampauuuu.. hahahaha..

Mama sekolah tak berapa nak tinggi. Tapi ilmu memberi kasih sayang dia mmg hebat. Dia banyak ikut arwah nenek tiri dulu cara mengajar anak. Tapi mama tak garang macam arwah. Mama tak reti pukul2 anak melainkan betul2 buat silap depan mata dia. Backing anak? Mmg tidak. Kalau kitorang salah, dia "good" kan je.. Tapi kalau kitorang betul, siap la siapa yg membuli kitorang tu. Hey cik milah datang menyerang :))

Nak dijadikan cerita, husband aku pernah sekali mama kejutkan tidur. Semua org tahu yg husband aku ada kelemahan susah bangun pagi ni. Selama ni aku kejut punyalah payah sampai bergaduh2. Hahahha.. Sekali je mama kejut dia, bangun! Org kata sebab dia segan dengan mama. Yea la mak mertua kan.. Tapi aku pernah tanya husband aku tu, kenapa kalau mama kejut cepat je bangun.. Dia jawab sebab dah kena bangun. Erkkk. Pelik ayat disitu. Tapi aku rasa 1 je. Mamaaaaa... Dia punya lembut bila pujuk bangun tu, mmg sesapa kena pun cair :))

 Dan yang aku perasan setiap kali mama nak kejut kitorang, mmg dia akan pegang hujung ibu jari kaki. Sambil usap kepala dia akan cakap "sayangggg (4 harakat).. anak mama ni bangun ye.. Mama dah buat sarapan tu.. Bangun, mandi, makan, barulah segar". Haaaaa... masih terngiang2 kat telinga aku. Lepas dah kahwin ni jgn harap la dapat mama kejut lg. Pandai2 la khennnn.. uwaaaaa :((

Ayat power tu bila dah dicampur dgn suara lembut lemah gemalai mama, puhhhh!! kalau tak bangun, tak tahulah jin apa yg duduk atas mata tu :))

Jadi, tipsnya disini, dalam mendidik anak2 boleh ada tegas (jgn biar anak pijak kepala).. Tapi dalam tegas ada sweetnya sebagai ibu bapa. Barulah anak tunduk :)


0 comments: