Ads 468x60px

Labels

Visitor Counter

Tags

06 August 2014

Kawan Baik a.k.a Best Friend

Semua org ada kawan baik. Aku tak faham apa maksud "kawan baik" sampai aku dah masuk "U". Masa tu aku mula faham apa maksud sahabat. Selama ni aku ingat istilah kawan baik ni cuma kawan rapat je. Sebab tu aku tak pernah declare aku ada kawan baik sejak sekolah rendah.

 Nak dijadikan cerita, sebenarnya aku baru tersedar aku ada kawan yg paling aku sayang masa aku sekolah rendah. Tapi aku xsedar! Nama dia sama dgn nama betul aku: Shikin. Shikin ni berjiran dengan aku. Sebaya aku. Tapi aku masa kecik2 nakal. Sebab mak ayah aku bercerai awal.. iaitu seawal usia aku 6thn. Duduk dengan ayah dan atok faham2 je lah. Tak dipantau sgt sebab diorang pun asik takde kat rumah. Tapi sesekali bapak aku balik, kalau aku nakal bapak aku tibai je pakai tali pinggang. ahhahaha..

Masa kecik2 aku ngan Shikin ni pernah kantoi mencuri kat kedai india depan umah kitorang. Semua gara2 aku yg suruh. kahkhkah.. aku masa tu taktau apa mencuri tu. TAK FAHAM! Sekali bapak aku balik, aku kena tibai.. Yg Shikin ni tadi si Aney kedai tu jumpa mak dia terus. Dah mak dia tak bagi kawan dgn kitorang. ahahhahaha.. Kecik wey tak faham apa2..

Aku berkawan dgn dia sampai darjah 4. Aku mmg takde kawan rapat lain. Ada kawan.. Tapi yg ramai2 tu kawan biasa je. Kawan yg takde chemistry la senang cerita. Pertengahan tahun masa kitorang darjah 4, Shikin ni tadi dah taknak kawan dgn aku. Masa tu aku sedih giler la. Sebab dia kata ada kawan baru.Kawan baru dia tu tak bagi dia rapat dgn aku sebab kawan dia tu kata ada perasaan jeles sebab kitorang terlalu rapat.

Jadi, disebabkan aku sedih sgt, aku lupakan Shikin ni tadi. Aku buang semua kenangan2 yg ada. Aku cakap dalam diri aku "dia kawan x special pun".. haaaa... ko hengat bdk kecik xdak perasaan.. Ada tauu.. Bila fikir2 aku ni mcm matang awal pun ada..

Semakin tak terasa kehilangan "kawan baik" aku tu bila kitorang naik sekolah menengah dah tak jumpa langsung sebab dia masuk asrama. So aku mmg kikis habis2 sifat masih sayang kat dia.

Tapi.... lepas sekolah, aku kerap terserempak dgn Shikin ni. Masa tu masing2 dah besar. Dia pun dah tak dikongkong kawan baik dia dulu tu.. Jadi to be honest, setiap kali aku jumpa dia aku akan rasa ada satu aura.. Macam selesa giler babas kawan dgn dia walaupun tak jumpa almost 10years!

Kitorang ada beberapa persamaan. Dua2 ada mak tiri. Jadi perasaan bermak tiri ni kadang2 kite2 je faham. Skrg masing2 dah kawin. Masing2 dah ada life sendiri. Life yg lebih sempurna.Dan yang paling buat aku happy bila aku dengar dia pregnant. Fuh! Perasaan tu mcm aku pulak yang pregnant.. ahahahha..

Ok itu je lah.. So Shikin sebenarnya kawan baik pertama aku dalam hidup aku. Aku doakan dia bahagia dan kekal sihat disamping keluarga tercinta =)


Shikin dan Suami. Padan. Sama cantik sama padan..







0 comments: