Pada hari ini juga kita rakyat Malaysia dengan rasa hormat menyahut seruan kerajaan untuk memakai pakaian yg disarankan iaitu bewarna suram.
Sepanjang hari ni aku dapat teguran dari beberapa colleague dan kawan2. Diorang tanya kenapa pakai hitam? Kenapa ambil gambar mcm happy? Kenapa tak nampak sedih?
Jawapan aku "aku cuma sahut suara kerajaan untuk turut memperingati mangsa2 MH17 dengan memakai pakaian yg disarankan. Pucuk pangkal hati korang.. nak pakai warna serba hitam saje ke? Alfatihah mana Alfatihah?".. Kaku diorang tak cakap apa.. Ada pulak yang perli2 kenapa aku tersenyum ambil gambar tu. Takkan aku nak menangis pulak amik gambar.
Sememangnya kita semua sedih dgn pemergian mangsa2 MH17. Pada aku pakaian atau mimik muka semua tu tak penting. Yg penting sedekahkan Alfatihah dan doa2 yang baik buat saudara seagama.
To be positve aku fikir diorang yg kutuk aku pakai baju kurung warna hitam harini sebab diorang xde baju hitam nak melaram. Diorang fikir aku saje menunjuk kot. Padahal pada aku tu semua tak penting. Paling penting berapa banyak Alfatihah kau sedekah pada mereka.
Kata2 akhir dari aku, berdoalah untuk sesiapa sahaja walau tiada kaitan dengan kita. Tak rugi dan tak luak.
0 comments:
Post a Comment