Sejujurnya aku masih tak percaya aku dah kahwin. Tak pernah terbayang sebelum ni. Sebelum ni aku tekad nak kahwin lambat sikit. Konon2 nak tunggu stabil. Tapi bila fikir-fikir balik, kita ni sampai bila-bila pun tak stabil.
Sabtu ni 23hb Ogos 2014 bersamaan ulang tahun kitorang yang pertama. Situasi sekarang ni nampak gaya macam ada yang akan terlupa tarikh tu nanti. Tak husband, aku yang lupa :))
Disebabkan kitorang bercinta terlalu lama cecah 8tahun, makanya kitorang tak ada masalah nak kenal hati budi, masalah miss communication, masalah tak faham antara satu sama lain atau apa2 masalah yang org baru kahwin alami la senang cite..
Sepanjang tempoh bercinta tu kitorang dah puas bergaduh.. Sampai dah malas nak bergaduh skrg ni. Aku lagi la.. Bila dia marah dah tak amik hati.. Kalau dulu kena marah skit2 sentap.. Skit2 nak merajuk.. Lepas kahwin ni takde dah mcm tu. Merajuk ada la tp bukan menda remeh temeh. Dulu masa bercinta cepat beno kecik hati. Lepas kahwin cool skit.. Nampak tak bagusnya perkahwinan :)
Kalau nak cerita macam mana kitorang mula2 bercinta, aku sendiri ketawa terbahak2. Mana taknya, baru 2 hari keluar date dah couple.. hehehehe.. gelojoh habaq hang.. Banyak la kawan2 buat andaian masa tu khennn.. Katanya cepat putus la, tak kekal lama laaa... ehhh macam2 lagi.. Tup tup 8thn jugakkk.. Lepas tu plak ada yg kata bercinta lama2 bosan nnti kahwin dah tak best, tak seronok.. Walaupun aku takde target kahwin dgn dia dulu, tapi kalau dah JODOH, ko buat la apa pun tetap JODOH. Seronok berkahwin tu tetap ada. DOUBLE seronok! Hhahahhaha..
Sempena nak menyambut ulang tahun pertama ni sebenarnya aku pun blur. Dulu masa bercinta tiap2 bulan nak celebrate. Bayangkan! 8 tahun ada berapa bulan? Hahahha.. Haaa hebak ke tak hebakkk.. Tapi bukan la celebrate yg gila2 membazir tu semua. Tapi kitorang kuar la date, makan sedap2.. Date hari biasa mkn nasi goreng USA je.. Kalau anniversary makan la mahal skit.. Masa tu study lagi khennnn nak buat itu ini pun takde duit :))
Target aku sambut anniversary yang pertama sebagai suami isteri ni nak belanja dia candle light dinner. Ehhh tapi macam tak mngizinkan pulakkk.. Lepas raya kannn.. Faham2 je lah.. Nak2 pulak kitorang baru pindah rumah sebelum puasa. Banyak keluar duit untuk beli kelengkapan rumah..
Lagipun 2 bulan lagi nak pergi bangkok, tu yg berjaga2 skit kewangan skrg. Tapi aku akan pastikan malam anniversary ni aku nak bagi dia surprise. Walaupun taktau mcm mana cara nak surprise dia tu.. hhahaha..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment