Ads 468x60px

Labels

Visitor Counter

Tags

16 November 2013

The Adventure of Pantai Morib

Siapa tak kenal dengan Pantai Morib yang terletak di Banting nih.. Dulu org tak kenal pun Banting ni. Tapi selepas industri2 kecil seperti tanaman dan industri kerepek yang menjadi buah mulut org Malaysia ni, terus kebabom meletop tempat ni, Eh nak2 pulak umah Haji Sidek iaitu bapa kepada Misbun sidek pun terletak di situ (Kanchong Darat, Banting) memang al meletuslah tempat nih..

Eh nak2 pulak dah ada Morib Gold Coast dah dibuka kan.. Ha kau! Ingat Australia je ada Gold Coast!! Masa merayap kat situ, aku teruja jugak sebab 10 thn lepas datang ke sini masih tiada hape2..

Tapi harini melawat Morb oh dah best lepak2 situ. Tampat cantik and kemas!!




Sebelum memulakan perjalan Husband I tidoq jap. Ngantuk katanya lepas pekena Briyani Ipoh kat Ampang Jaya tuh. 



The Adventure of Sungai Gabai

Sungai Gabai terletak kira-kira 25km dari Ampang. Bersebelahan Sungai Congkak dan Sungai Lui ( ala lagu aizat tuh ).. Seingat aku, aku perg ke Sungai Gabai ni dengan kakak aku Dania Dazzling Ariff dan sepupuku Wani 20 tahun lalu. Masa tu pakcik itorang Cik Ngit yg bawa..

Jadi selepas 20 tahun tak pergi Sungai Gabai ni, harini kitorang decide nak melawat tempat ni. Perghhh jalannya agak mencabar. Nasib baik ada Waze.. ahahahha


On the way ke Sungai Gabai.. Dey macha ada baek ka??

Dah sampai.. Selamat Datang ke Hutan Lipur Sungai Gabai.. Sila bayar RM 1/pax yer.. 


Testing2 guna application kuruskan muka. Cantik aku ye kalo kurus..

Lagi sign board kat dlm area Sungai Gabai..

Hi abg kaca mata hitam.. Boleh ngorat.. ehhehe..

Time aku pergi ni hari jumaat. Ingatkan takde org nak dtg rupanya ramai plak nak buat BBQ bagai..

Titi kecil.. saje nak main2 nyanyi hindustan time ni..

Dah la tu husbeng, apa kata bukak plak cermin mato tu.. Kang nampak air kopi plak air terjun tuh.. 

Cover cun, kalo mengamuk cam rimau!!

Air dia ok jugek.. tapi xnk la mandi.

Khayal apelah kat situ.. hikhihkik..

Kalau aku bawa baju kompem terjun dalam ni dah..

Nice place to snap!

Tenang je tgk air terjunnya..

Ni bahagian paling bawah actually.. Punyalah malas nak panjat tangga.. Kat bwh pun jadiklah..


Ini baru suku tangganya.. Sila rajinkan diri please..

Kitorang lepak pondok ni jer..

He's trying to panjat tapi at last turun blk.. ahahaha

Ingat aku nak amik gambo korang jer!! Gambo aku mana??

Bye2 nak balik dah..

Kesimpulannya, kaloo pergi dengan family mmg best!! Nak2 plak buat BBQ skali.. Layannzzzz..




15 November 2013

The Adventure of Pulau Besar Melaka

Haaaa ni nak habaq skit!! Korang yang taktau kewujudan Pulau Besar ni aku nak kabo kat korang jangan taksub sangat nak pergi situ.. Ha may be lah korang pernah dengar atau terbaca kisah misteri pulau ni.. Tapi dinasihatkan apa2 pun iman kena kuat deq, kalau tak kau jalan lah terkedek2 kat akhirat nnti deq kerana percaya dengan menda2 syirik ni.

Sebelum aku pergi ke Pulau Besar yang terletak di Melaka ni, aku buat research dulu. Aku tak pernah dengar pun ada pulau ni kat Melaka. Sepanjang 2 thn study kat MMU Melaka tak pernah tau pun ada pulau ni. Kali ni nak pergi pun sebab si pelancong yg datang dari Bangladesh ni bgtau nak ke situ.

Malam tu aku tido lambat sebab nak kaji pasal pulau ni. Isx serammm.. korang try la google.. hehe.. eh malas?? Ok2 aku cite skit je k.. Pulau besar ni org setempat tu panggil pulau suci sebab katanya ada larangan semasa di situ. Yang pertama tak boleh bawa atau minum arak. Kedua jangan berzina dan ketiga jangan bermolot celupar atau cakap takbur atau bongkak di situ. Kalau langgar syarat2 tu katanya ada yg balik gila atau mati on the spot di situ (kalau berzina). Wallahu’alam bissawab...

Pulau Besar, Melaka ni terletak di area Umbai. Ala senang je cari Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai nanti korang pandai2 lah tny org situ semua tau di mana terletaknya Terminal Anjung Batu. Nak pergi ke Pulau Besar tu kena naik ferry yang berharga RM 14/pax untuk tiket return. Tapi Malangnya kitorang lambat seminit je menyebabkan ferry dah jalan~ Sebab2 lambat adalah kitorang jakun sangat pergi teroka Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai time2 tu. Masa tu pukul 2.31ptg. Next ferry pukul 5ptg. Ko gilaa!!

Ok lah aku taknak tulis panjang2 nnti bosan!! Aku nak share picture skit..


Inilah Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai.

Tgk diorang dah tinggal aku. Syok sgt lah tu teroka sana sini sampai tertinggal Ferry.



Akhirnya kitorang ambil speedboat (Bayo RM 100 return). Lepas tu diorang drop kitorang kat Pulau Besar and bagi kad. So bila nak blk call je abg boat tu. Dia datang menyelamat time tu jugak!!

Aku seram nak pergi sana sebab katanya banyak tempat2 tapak org buat pemujaan. Nak2 pulak katanya itu tempat perkampungan bunian. Husband I steady.. Start je boat aku selawat banyak2~

Hello Mr Manager :)
Are you happy??


Sampai je tanah Pulau Besar ni kaki aku menggigil. Mungkin sebab banyak sgt aku membaca sebelum sampai kat tempat ni. Tapi aku peluk je lah husband tu. ahahahha..

Sign board..

Ok go ahead bacalah korang. Sheikh ni takde masalah pun. Yang masalah ialah manusia2 yg taksub! Boleh plak diorang duk depan makam Sheikh ni minta2 nombor ekor la, minta mimpi la (yg minta mimpi ni aku tgk diorang baring depan makan). Astaghfirullah.. Isx nak je aku sepak lelaki yg datang pakai rantai2 bagai, pastu solat2 depan tu! Apa ko minta der!!

Inilah Makam Sultan Al-Ariffin.

AKu taktau apa fungsi tempat tu tapi aku percaya ada sesuatu yang tinggal di situ. Aku takde lah menolak kewujudan makhluk halus ni tapi untuk sembah dan meminta kat makhluk halus kan syirik deq non oiii!!

Pulau ni cantik airnya hijau~ Pasir2 dia bersih.. Tapi sayanggg (buat nada johan nyanyi)

Husband I tak pernah tgk obor2 :)

Alololo.. hensemmmnyaaa..


Aku pun nak pose maut jugakkk..

Tgk cengkerang gamaknya!!


Ok bye dah nak blk. Bukan ada apa pun kat situ.

Kesimpulannya, tak payah pergi situ. Korang akan diselubungi Misteri Nusantara jerk nnti.. WAHHAHAHA..



The Adventure of Putrajaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Weh lama kok tak update blog! Tak ada apa sgt yg best selain dari kerja2 kahwin yg baru berlangsung 3 bulan lepas. hehehe.. Tapi oh inai di jari masih merah. Ha kau ada~!!

Just nak share the moment after married. Kitorang ni suka berjalan actually. Suka tgk suasana yg lain2 termasuk melayan kerenah manusia yang berbeza2 :)

Malam khamis baru2 ni kitorang bawa pelancong yg diterbangkan khas dari Bangladesh. Al kisahnya dia ni boss besar dari Bank Bangladesh nak datang check account kat company kitorang ni sebab si partner my father in law nak buat loan dari sana.

SO sambil menyelam kite pun teguk la airnya sama.. hehehe..

My husband tak suka sgt amik gambo tapi alhamdulillah lepas kahwin dia jadi sporting skit :)


Muka tak mandi 1 hari lah kataaaa kannn..

 View ni dari Jambatan Sri Gemilang, Putrajaya. Bagi aku inilah jambatan yg paling best kalo nak lepak! Sila turun bawah yeee.. Cantikk!!

 Tayang muka tak mandi.. Benci aku tembam!!

View ni dari arah Masjid Putra, Putrajaya. Kitorang turun kat bawah Souk iaitu bahagian food court di Masjid Putra.

So pada aku kat Putrajaya ni waktu malam cantik ler sebab kawasan2 yg romantik dia nih. hehe.. Lagi satu aku baru perasan ada kedai makan di bulatan Masjid Putra ni. Best jugak lepak situ. Lepas makan boleh solat :)

Kalau korang nak tau Masjid Putra ni berdekatan dengan Alamanda Shopping Complex. Mall kecik je tapi best! Macam2 ada. Makan pun bestttt..

Kesimpulannya, Putrajaya mmg seronok melepak malam2... Romantik uols lepak situ lampu2 cantik.. hehe..