Rata-rata masyarakat kita sudah tak ambil peduli pasal makan di luar atau di rumah. Di sebabkan sibuk bekerja, semua memilih untuk makan di luar. Lebih jimatkan masa & tenaga KONONNYA. Pembaca/ rakan2/ saudara yg membaca sila ambil perhatian.
Ada beberapa faktor kenapa aku memilih memasak di rumah sejak berkahwin. Pertama faktor kebersihan. Kita pun sebenarnya tak pasti mcm mana peniaga2 mencuci peralatan memasak diorang. Itu baru bab peralatan! Kalau masuk bab kebersihan makanan yang dihidang? Boleh pastikan tak?
Kedua, faktor kualiti masakan. Kualiti termasuk makanan sedap atau tidak. Semasa memasak diorang berzikir ke tak. Pada aku & suami suami makan di kedai lagi tinggi MSG yang diorang letak untuk menjadikan masakannya sedap. Kalau di rumah to be honest aku letak sikit aji tapi kuantitinya cuma secubit sahaja. Sambil tu boleh "nyanyi" (zikir ya latiff) dan doa yg baik2 untuk suami. Kan indah tu..
Ketiga, faktor kewangan. Setiap kali makan luar kita sebenarnya rugi 50%. Beli brg dapur lengkap untuk sebulan baru rm 500 (lengkap ni termasuk mkn steak, salmon etc). Tapi kalau mkn di luar yg mana kuantiti terhad, kita akan spend untuk 2 org RM1000 mmg tak lari.
Faktor keempat ialah sebab nak eratkan hubungan suami isteri. Yang mana bila kita bekalkan suami setiap pagi sebelum pergi keje, kita lebih puas. Penat sedikit tapi hati kita lebih lapang.
Jadi.. sesiapa jarang masak untuk suami dan anak2 boleh lah tukar rutin sekali sekala. Kadang2 anak & suami pun rindu masakan kita.
08 October 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)