Ads 468x60px

Labels

Visitor Counter

Tags

10 December 2017

Pengalaman naik bas dari TBS ke Hatyai (Immigration)

Semalam 9/12/2017 adalah hari bersejarah buat along & aley.. Along bertemu jodoh pada usia 34tahun.. Walaupun org kata dah lewat tapi pada kami it's ok itu kan aturan buat dia.

Sepanjang bulan lepas husband aku dh penat menguruskan keje2 dia. Minggu ni bertambah stress dgn majlis kahwin ni. Stress bukan sebab apa, sbb kacau waktu rehat dia je. Tapi dia ok masih layan tetamu yang hadir dgn baik.

Malam tadi aku dah nak tido pukul 9.30pm, dia ckp "nak jalan tak?".. Aku cakap pegi mana??.. Dia kata "jom pegi melaka".. Aku ketawa.. 100kali pegi melaka tu nak buat apa..

Pastu aku nak lelap, aku fikir sian plak husband aku.. Biasa kalau dia ajak jalan ni, dia mmg btol2 stress.

Ceritanya, trip kali ni kami pegi secara mengejut. BUKAN bersama pengantin! Tapi aku & husband saje. ORG LAIN YANG KAWEN, KITE PLAK HANIMUN!! HAHAHAHA..

Aku bangun, aku cakap "awien siap bag skrg kita backpack".. Ok this is our 1st time backpack naik bus! Sebelum2 ni naik kereta atau naik kapal terbang. Tu pun sbb aku hantar abg ipar aku aritu dekat TBS, aku tgk sistem bus pun dah canggih mcm naik flight..

Tapi KAMI KAN BARU LEPAS KENDURI. Walaupun kahwin dekat dewan, mama & adik beradik aku masih ada dekat rumah. Aku minta izin mama. Ye lah walaupun dah ada husband kenalah tanya pendapat org tua btol tak? Ok ke tidak kalau kami pegi waktu2 mcmni.. Mama kata OK!

Ok jadinya kitorang set masa, siap dalam masa 30min sahaja. Nak berak ke kencing ke gosok gigi ke pada waktu tu.. 10.30pm laki aku call grab car. Kitorang gerak pegi TBS.. Kos naik grab dari DENGKIL KE TBS LEBIH KURANG RM 30.

Sampai2 TBS dalam pukul 11.00pm, mesin e-ticket tu dah tutup pulakkk.. Diorang tgh servis ke ape xpasti la.. Orang punyalah ramai dekat 4 counter manual yang buka.. ALLAHHH.. Aku dah kecundang dah.. GRAB DH BAYAR RM 30. PATAH BALIK MCM XBALOI JE KALAU TAK DAPAT JALAN 😂😂😂

Sudahnya kitorang beratur jugak! Sambil2 tgk tiket ke HATYAI masih ada atau tak. Aku mula2 pelik kenapa ambil masa yang lama untuk beli tiket. Bila turn aku sampai, baru aku faham.. Skrg nak beli tiket bas pun kena bagi IC.. Dia akan key in nama, alamat, no tel.. Mak aiii canggih!! Masa nak beli tiket tu nak ke HATYAI semua dh penuh. Yang ada tiket pukul 8.00am esok. Haiyooo!! Berapa jam aku nak tunggu.

TAPI nasib baik aku dh ckp kat husband aku awal2.. Cari route lain siap2 kalau xde tiket pegi HATYAI. So kitorang decide route 2 pegi penang. Kitorng beli tiket pegi BUTTERWORTH dengan harga rm 58 untuk 2orang. Bas pukul 11.30pm.

Lepas beli tiket kitorang pun masuk Gate 8. Turun2 xde org! Kami berdua je dekat gate 8 tu. Tak lama tu ada sorang budak cina tegur "u punya tiket sama dengan i tak pergi butterworth pukul 11.30pm".. Aku jawab ya. Dia pun duduk belakang. Tak lama tu kawan2 dia datang. Dalam hati aku "owh bukan sorang"..

Eh eh alih2 ada announcement bas delay pulakkk.. Aku pun ok je tunggu. Dah pukul 12.00am masa tu ada sorang perempuan jaga situ dia ckp melalui walkie talkie sambil check tiket kitorang.. Aku dgr dia cakap "bas overload 5org je boleh naik"..

Sekali pompuan tu datang kat kitorang, dia cakap hanya kitorang berdua xboleh naik sebab bas penuh.. Motherfucker betul. Hahahhaha.. byk2 org ko pilih kami! Pastu dia kata ada bas lain pukul 1.30am masih ada.

Ok fine!.. Kami naik nak tukar bas. Yang pompuan kat bawah tu kata ada bas ke Butterworth pukul 1.30am sekali dalam sistem sold out!! Ehhh!! Pastu ada bas jadual pukul 2.00am, yg penjual tiket tu cakap TAK BOLEH BELI SEBAB BAS TAK JALAN!! HAHAHAHAHHA.. BERTEKAK JUGAK LA KAT SITU. MENGGIGIL2 MAMAT TU MENJAWAB DENGAN KITORANG.

Tapi aku ngan husband aku ni pantang buat keje separuh jalan. Aku decide untuk beli je tiket ke hatyai pukul 8.00pagi tu. So beberapa jam yang ada waktu tu kami check in hotel budget area TBS. Aku pesan melalui AGODA.

Sampai2 hotel, lamaaaa dia check list.. Husband aku dgn selamba tunjuk screen computer dia "tu tu email no 2.. nama Awien Ariff".. Abang tu diammm je.. Tak lama tu dia kata "sebenarnya bilik abg nak ni dah full"..  Actually bilik tu paling murah.. pada kitorang jam 1.00am ni tido atas lantai pun xpe.. nak rehat kejap je.. Kitorang dh mula rasa kebal waktu ni. Kitorang berdiri je kat situ xgerak. Aku tanya dia, kalau full kenapa agoda show bilik tu. Abang tu kata sebab diorang tak update. Sekali abang tu kawtim dia bagi bilik yang ada iaitu JUNIOR SUITE TANPA SEBARANG CAS TAMBAHAN. ALHAMDULILLAH.. HAHAHAH...

So, naiklah kami ke bilik tu berehat.. Masing2 kunci jam pukul 6.00am. Jadi, plan asal nak Hatyai tercapai tapi kami tak harap apa2 sebab ni memang plan gila kami!! Angkat bag terus pegi. Kau tanggung la segala risiko sendiri. HAHAHAHA..

23 August 2017

Wedding Anniversary - HOLIDAY TIME

Alhamdulillah tahun ni diberi kelapangan untuk pergi jauh sikit. Alah kami ni bukan jenis vacay sampai nak gila. Tapi ulangtahun perkahwinan kami akan reward diri kami dengan percutian.

TAHUN PERTAMA (2014) - BARU HIDUP, DUIT PUN TAK BERAPA ADA, HUSBAND BAWAK PEGI DINNER DEKAT PULLMAN PUTRAJAYA.

TAHUN KEDUA (2015) - LANGKAWI JE, TAPI BEST GILA.

TAHUN KETIGA (2016) - TRAVEL FROM KUALA KURAU - KEDAH - PENANG - PERLIS

TAHUN INI (KE-4) (2017) - BANDUNG, INDONESIA.

Kalau ikut hari2 lain ada juga pergi ke Bangkok, Bali, Jakarta, Bandar Malang. Tapi tak sempat nak update. hehehe..

Ini kali pertama kami pergi ke Bandung. Teruja ada semua ada. MARAH PUN ADA. Laki iols tinggal charger & powerbank! Dah pesan banyak kali suruh bawa, tapi dia leka je.

Sebelum terbang..


17 August 2017

TEPPANYAKI OUTLET DI AEON HALAL ATAU TIDAK?

Ok ni nak minta semua org ramai bantu kami na.. Actually kami laki bini mmg gemar sungguh makan teppanyaki di aeon tu. Biasanya kami makan di AEON EQUINE dan TIMES SQUARE.

TAPI start dari last year kami perasan logo halal dalam premis tu dicabut (dah xde ditampal). Mula2 rasa owh mungkin sbb belum renew whatsoever..

Eh tapi dah dekat hujung tahun ni tak nampak lagi logo ditampal. Hati membuak2 nak mkn teppanyaki ni. Tapi sebab was was dah nak mkn.

Nak dijadikan cerita lagi, saje la saya godek2 halal direktori jakim. Memang betul hanya 2 premis sahaja yang mendapat sijil halal 😨😨😨

Alamak, ada sesiapa tahu what happen dengan premis yang lain?

Jangan suggest masak sendiri ok.. Dah mcm2 cara kami buat untuk rasa sebijik mcm kat teppantaki tu, mmg fail je! Hahahaha..

kongsikan pendapat anda ok!

08 August 2017

Berniaga atau Makan Gaji

Bismillahirrahmanirrahim..

Harini aku nak cerita pasal berniaga dan mkan gaji. Ia melaui pengalaman aku sendiri dan hasil aku kaji melalui persekitaran aku.

Aku dibesarkan oleh bapak aku. Papa bekerja di UPM Serdang sebagai lab assistant di Fakulti Veterinar. Itu kerja tetap dia. TAPI balik dari UPM, sekitar 5.30ptg dia akan ke kebun. Dulu dia bela lembu, kambing, usaha kebun sikit2. Selepas maghrib di masjid dengkil, dia jual burger. Aneh aku tengok papa bekerja. Masa aku kecik2, aku selalu kata aku miskin. Sebab bapak orang lain pakai smart2 pegi keje. Papa pakai biasa je.. hihi #budak2kan

Bila aku dah masuk Universiti baru aku tau, hasil papa meniaga yang tampung belanja sekolah & kehidupan kami 3beradik. DUIT GAJI DIA XPERNAH USIK. Gaji dia dekat UPM tu pada tahun 1992 (aku darjah 1) lebih kurang rm800 je. Rm800 tak berusik setiap bulan. Sampai satu tahap dia dpt beli rumah sebiji, tanah sebidang. Tahun 2001 along masuk college (MTDC), Serdang TANPA PTPTN!!..

Kalau difikirkan semula, gaji rm800 tu mana boleh tampung yuran anak belajar, tampung anak2 yang masih bersekolah lagi etc.

Jadi, bila aku masuk usia 30an, papa mula bising.. Masa tu aku bekerja di Cyberjaya. Papa tanya kenapa aku tak meniaga? Masa tu aku blur. Kenapa suruh aku meniaga sedangkan aku dah stabil bekerja.

Selepas 4tahun bekerja, aku mula merancang masa depan aku dengan husband. Kitorang pasang startegi. Sebelum aku berhenti kerja, aku gunakan kwsp untuk beli rumah (penting ada kwsp untuk beli rumah). Selepas urusan beli rumah selesai, aku berhenti kerja dan berniaga.

Aku berniaga kecik2 je. Buat ikan bakar dekat kedai makan bapak aku. Buat catering sikit, hantar lunchbox kalau org tempah. Alhamdulillah boleh tampung komitmen aku setakat ni. Simpan sikit ada lebih aku ngan husband pergi bercuti.

Ada pro & cons berniaga atau makan gaji ni. Kalau nak beli rumah, kereta macam mana pun lebih mudah kalau ada penyata kwsp. Kalau berniaga sendiri boleh juga beli tapi quite struggle melainkan ko berniaga kencang bukan suam2 kuku.

Yang NAK berniaga pun aku sarankan kerja dulu timba ilmu dengan company lain. Belajar macam mana diorang operate business. Paling penting profesionalism kena ada. Baru la jadi majikan yang baik! Ini TIDAK!! Aku tengok kawan2 yang tak pernah bekerja dgn org tetiba bukak business kelam kabut management diorang. Nak jadi profesional pun tak reti, semua gasak hentam kromo. At the end bungkus.

Bukan senang nak berniaga tapi bukan senang makan gaji. Masing2 ada stress tersendiri. Itu semua pengalaman. Ambil sebagai ilmu.

Even husband aku pun orang asik tanya "eh ko xnak buat bisness sendiri ke?" Aku cakap JANGAN! SEBAB BIDANG DIA AS A SOFTWARE ENGINEER perlukan knowledge yang mantap nak buat business.

Pendek cite, nak buat business kena kaji segala sudut. Untung rugi tu biasa. Modal kena sedia. Bila dh dpt momentum tu baru korang rasa secure sikit.

Jadi, sekarang ni aku memang pilih berniaga walaupun aku ada degree in IT. Bila gaji tak naik2 pun sakit ati. Baik berniaga kan.. Cuma kena sabar sikit. 6bulan pertama tu memang susah sikit.

Akhir sekali, pada sesiapa nak berniaga aku cadang keje dulu dengan org at least 5tahun. Baru korang nampak line berniaga tu mcm mana. Korang akan nampak cara macam mana nak kembangkan perniagaan. Itu paling utama.


21 May 2017

AFTER 1ST & 2ND TREATMENT DI HANNAN MEDISPA

Jujurnya aku mula tak puashati. Sebab 1st treatment aku tiada apa2 perubahan KECUALI bahagian dagu mula lembut (sebelum ni keras, mcm xde rasa dah sbb terlalu byk jerawat kecil2). Lagi 1 perubahan muka SIKIT cerah. Sikit je xketara.

So aku call utk buat appointment untuk consultation lagi. Aku tanya doctor kenapa xde perubahan. Jerawat pun masih di dalam (muka aku xrata jerawat komedo punya problem).
Doctor kata 2nd treatment nnti kite letak ubat matikan jerawat. So the next day aku buat 2nd treatment (FLAWLESS SKIN THERAPY).

YESSSS after 2nd treatment mmg ketara perubahannya. Dannnn aku perasan first treatment aritu beautician xletak ubat utk matikan jerawat!!

Oh My.. Patutlah takde perubahan..

So after 2nd treatment dah nampak scar hitam2 tu pudar, jerawat mati & keluar, pori2 mengecil, minyak muka dah berkurangan.

SEBELUM TREATMENT

AFTER 1ST TREATMENT ( GLOWING SERTA MERTA)

2DAYS AFTER 1ST TREATMENT ( PEELING SESSION)

AFTER 2ND TREATMENT

KAMONN BEBEH!! Clear sebelum raya ok!!







07 May 2017

Consultation di Hannan Medispa Kota Warisan

Last 2 weeks aku pergi consultation di Hannan Medispa Kota Warisan. Jujurnya, aku memang dah lama tak buat skin analysis. Last buat dulu di dermalogica tahun 2013. Itupun sebab aku nak pakai product tu.

Alhamdulillah aku pakai dermalogica dah dekat 4tahun. Memang ok! tiptop! haha..

Tapi sejak aku meniaga Ikan Bakar, kulit aku mula rosak. Syukur dah ada hasil bak kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Masa aku meniaga tu dulu mak aku menangis! Dia kata aku ada degree, kenapa keje mcmtu.. HAHAHA.. Mak aku ni jenis tak suka anak meniaga.. Type2 suka anak keje kerajaan 😁😁😁

Beberapa bulan aku terdedah dengan habuk arang, habuk jalan, panas terik matahari kulit aku mula rosak. Tapi demi nak bina "tapak" dalam perniagaan aku tolak tepi semua tu. Adik beradik aku pun naik risau masa tu..

Aku buat keputusan nak repair kulit di Hannan Medispa Kota Warisan.

Pentingnya consultation ni untuk beautician check & suggest rawatan apa yang sesuai untuk kulit kita. Aku mula2 teringin nak buat OXYCRYO tapi bila check kulit aku jenis berminyak tak sesuai buat rawatan tu.

Consultation tu free je tapi kena buat appountment dulu. Jangan main walk in je. Buatnya beautician takde amacam? huhh...

So aku decide nak buat rawatan SILK PEEL & FLAWLESS SKIN THERAPY for next appointment. Boleh je nak buat pada waktu, tapi aku ada hal lain..

Kalau korang nak try tanya2 condition skin korang pun boleh je.. Call & buat appointment dulu k!


ORIGINAL SKIN WITH MAKEUP. MUKA AKU MEMANG TIADA MASALAH SGT SEBELUM NI.




MASA NI PERMULAAN SEBELUM KULIT AKU ROSAK TERUK. MUKA MAKIN GELAP & JERAWAT NAIK SIKIT2

OBVIOUSLY MAKIN GELAP, EYEBAG AKU MAKIN BENGKAK, BAWAH DAGU & PIPI DAH BANYAK JERAWAT KOMEDO (JENIS KERAS XKELUAR). AKU START PAKAI MAKEUP TEBAL2 WAKTU NAK TUTUP SCAR

AKU MULA PAKAI MAKEUP TEBAL2 SUPAYA XNAMPAK SIKIT PUN SCAR. PADAHAL.. TERUK DAH KULIT AKU.



30 April 2017

Cabaran 2017

Hari ini 30/4/2017. Cuti panjang sampai esok 1/5/2017 (Selasa).

Bulan 5 ni masuk 9bulan aku meniaga Ikan Bakar di Rifnor Cafe. Jujurnya, bila meniaga ni kita akan jadi tak teurus berbanding keje di office. TAPI, hidup ni tak boleh lah malas2. Dulu pun aku berhenti keje sebab tak tahan stress.

Bulan 10/2016 aku start hire pekerja. Kiranya sebulan aku membako dan struggle handle semua operasi Ikan Bakar aku tu. Bila pekerja aku berhenti, aku sambung bako sebulan then bulan 12 ada pekerja baru. Alhamdulilah cousin2 aku sudi jadi pekerja.

Bulan 1/2017 aku start ada pekerja tetap. Alhamdulillah 3 bulan dia handle dah.



Cuma, dalam hidup ni ada la benda kau dapat, ada benda kau tak dapat. Baru balance hidup kau..

Selama aku meniaga ni jujurnya aku stress lain pula. Bukan stress dgn kerja. Tapi stress tak dapat bercuti2 jauh lagi. Cuti jalan2 Malaysia je.

Tiap hari aku usha tiket kapal terbang sebab teringin nak travel lagi mcm masa keje dulu. Kekangan wang tu benda no.2 tapi kekangan waktu yang tak dapat dielakkan, Ye lah kita bekerja sendiri, tak meniaga, takde duit. Jadi, nak cuti suka2 badak tu simpan je lah dulu.

Masuk 9 bulan meniaga ni aku dah mula boring. Tahap skrg ni aku dah tak payah pergi kedai, beli barang, perap ikan atau bakar ikan. SEMUA pekerja aku buat! THENNNN.. Suddenly aku mula boring dengan hidup aku. AKu cakap kat kat laki aku, AKU NAK KEJE! Duit meniaga tu biar je sebagai duit income tepi.

Nak keje semula bukan sebab takde duit! Tapi aku dah mula rasa jadi org bodoh duduk rumah diam2 tak buat apa, shopping habiskan duit, merayau dengan mak aku, pakcik aku on weekdays. Kalau org dgr mesti kata EHH BESTNYAA.. WEH HEAVEN HIDUP KAU..

BUT NOT ME. Aku tak suka bazir masa terlalu lama. Bontot aku dah mula panas waktu ni utk duduk di rumah lagi. AKu ada pergi interview 2-3 company setakat ni. Tapi sebab takde rezeki lagi untuk kembali bekerja.

Kebanyakan interview mesti tanya ayat ni " U ada degree, kenapa u ambil jawatan ni.." Takpun "U ada IT Degree, kenapa u tak ambil IT profession".. MELUAT!! Kerajaan kata jangan memilih kerja, sauk je semua. Dah tu kenapa company2 ni selalu pertikaikan level Diploma ke, STPM ke, Degree ke. Menyampah!!

Aku duk rumah dah sebal kepala. Sampai tahap laki aku amikkan course buat website la, belajar buat database balik lah,, Untuk suport otak aku yang dh mula semak tak buat apa ni.

Tahun ni juga cabaran untuk kitorang sebab rumah yang dibeli bakal siap. So itu cerita lain pulak yang keluar nnti.

Apa2 pun aku doa semoga semua sekeliling aku sentiasa diredhai Allah swt dan berbahagia selalu :)

Jangan stress macam aku! HOOHOHO