Ads 468x60px

Labels

Visitor Counter

Tags

30 April 2017

Cabaran 2017

Hari ini 30/4/2017. Cuti panjang sampai esok 1/5/2017 (Selasa).

Bulan 5 ni masuk 9bulan aku meniaga Ikan Bakar di Rifnor Cafe. Jujurnya, bila meniaga ni kita akan jadi tak teurus berbanding keje di office. TAPI, hidup ni tak boleh lah malas2. Dulu pun aku berhenti keje sebab tak tahan stress.

Bulan 10/2016 aku start hire pekerja. Kiranya sebulan aku membako dan struggle handle semua operasi Ikan Bakar aku tu. Bila pekerja aku berhenti, aku sambung bako sebulan then bulan 12 ada pekerja baru. Alhamdulilah cousin2 aku sudi jadi pekerja.

Bulan 1/2017 aku start ada pekerja tetap. Alhamdulillah 3 bulan dia handle dah.



Cuma, dalam hidup ni ada la benda kau dapat, ada benda kau tak dapat. Baru balance hidup kau..

Selama aku meniaga ni jujurnya aku stress lain pula. Bukan stress dgn kerja. Tapi stress tak dapat bercuti2 jauh lagi. Cuti jalan2 Malaysia je.

Tiap hari aku usha tiket kapal terbang sebab teringin nak travel lagi mcm masa keje dulu. Kekangan wang tu benda no.2 tapi kekangan waktu yang tak dapat dielakkan, Ye lah kita bekerja sendiri, tak meniaga, takde duit. Jadi, nak cuti suka2 badak tu simpan je lah dulu.

Masuk 9 bulan meniaga ni aku dah mula boring. Tahap skrg ni aku dah tak payah pergi kedai, beli barang, perap ikan atau bakar ikan. SEMUA pekerja aku buat! THENNNN.. Suddenly aku mula boring dengan hidup aku. AKu cakap kat kat laki aku, AKU NAK KEJE! Duit meniaga tu biar je sebagai duit income tepi.

Nak keje semula bukan sebab takde duit! Tapi aku dah mula rasa jadi org bodoh duduk rumah diam2 tak buat apa, shopping habiskan duit, merayau dengan mak aku, pakcik aku on weekdays. Kalau org dgr mesti kata EHH BESTNYAA.. WEH HEAVEN HIDUP KAU..

BUT NOT ME. Aku tak suka bazir masa terlalu lama. Bontot aku dah mula panas waktu ni utk duduk di rumah lagi. AKu ada pergi interview 2-3 company setakat ni. Tapi sebab takde rezeki lagi untuk kembali bekerja.

Kebanyakan interview mesti tanya ayat ni " U ada degree, kenapa u ambil jawatan ni.." Takpun "U ada IT Degree, kenapa u tak ambil IT profession".. MELUAT!! Kerajaan kata jangan memilih kerja, sauk je semua. Dah tu kenapa company2 ni selalu pertikaikan level Diploma ke, STPM ke, Degree ke. Menyampah!!

Aku duk rumah dah sebal kepala. Sampai tahap laki aku amikkan course buat website la, belajar buat database balik lah,, Untuk suport otak aku yang dh mula semak tak buat apa ni.

Tahun ni juga cabaran untuk kitorang sebab rumah yang dibeli bakal siap. So itu cerita lain pulak yang keluar nnti.

Apa2 pun aku doa semoga semua sekeliling aku sentiasa diredhai Allah swt dan berbahagia selalu :)

Jangan stress macam aku! HOOHOHO