Ads 468x60px

Labels

Visitor Counter

Tags

23 August 2017

Wedding Anniversary - HOLIDAY TIME

Alhamdulillah tahun ni diberi kelapangan untuk pergi jauh sikit. Alah kami ni bukan jenis vacay sampai nak gila. Tapi ulangtahun perkahwinan kami akan reward diri kami dengan percutian.

TAHUN PERTAMA (2014) - BARU HIDUP, DUIT PUN TAK BERAPA ADA, HUSBAND BAWAK PEGI DINNER DEKAT PULLMAN PUTRAJAYA.

TAHUN KEDUA (2015) - LANGKAWI JE, TAPI BEST GILA.

TAHUN KETIGA (2016) - TRAVEL FROM KUALA KURAU - KEDAH - PENANG - PERLIS

TAHUN INI (KE-4) (2017) - BANDUNG, INDONESIA.

Kalau ikut hari2 lain ada juga pergi ke Bangkok, Bali, Jakarta, Bandar Malang. Tapi tak sempat nak update. hehehe..

Ini kali pertama kami pergi ke Bandung. Teruja ada semua ada. MARAH PUN ADA. Laki iols tinggal charger & powerbank! Dah pesan banyak kali suruh bawa, tapi dia leka je.

Sebelum terbang..


17 August 2017

TEPPANYAKI OUTLET DI AEON HALAL ATAU TIDAK?

Ok ni nak minta semua org ramai bantu kami na.. Actually kami laki bini mmg gemar sungguh makan teppanyaki di aeon tu. Biasanya kami makan di AEON EQUINE dan TIMES SQUARE.

TAPI start dari last year kami perasan logo halal dalam premis tu dicabut (dah xde ditampal). Mula2 rasa owh mungkin sbb belum renew whatsoever..

Eh tapi dah dekat hujung tahun ni tak nampak lagi logo ditampal. Hati membuak2 nak mkn teppanyaki ni. Tapi sebab was was dah nak mkn.

Nak dijadikan cerita lagi, saje la saya godek2 halal direktori jakim. Memang betul hanya 2 premis sahaja yang mendapat sijil halal 😨😨😨

Alamak, ada sesiapa tahu what happen dengan premis yang lain?

Jangan suggest masak sendiri ok.. Dah mcm2 cara kami buat untuk rasa sebijik mcm kat teppantaki tu, mmg fail je! Hahahaha..

kongsikan pendapat anda ok!

08 August 2017

Berniaga atau Makan Gaji

Bismillahirrahmanirrahim..

Harini aku nak cerita pasal berniaga dan mkan gaji. Ia melaui pengalaman aku sendiri dan hasil aku kaji melalui persekitaran aku.

Aku dibesarkan oleh bapak aku. Papa bekerja di UPM Serdang sebagai lab assistant di Fakulti Veterinar. Itu kerja tetap dia. TAPI balik dari UPM, sekitar 5.30ptg dia akan ke kebun. Dulu dia bela lembu, kambing, usaha kebun sikit2. Selepas maghrib di masjid dengkil, dia jual burger. Aneh aku tengok papa bekerja. Masa aku kecik2, aku selalu kata aku miskin. Sebab bapak orang lain pakai smart2 pegi keje. Papa pakai biasa je.. hihi #budak2kan

Bila aku dah masuk Universiti baru aku tau, hasil papa meniaga yang tampung belanja sekolah & kehidupan kami 3beradik. DUIT GAJI DIA XPERNAH USIK. Gaji dia dekat UPM tu pada tahun 1992 (aku darjah 1) lebih kurang rm800 je. Rm800 tak berusik setiap bulan. Sampai satu tahap dia dpt beli rumah sebiji, tanah sebidang. Tahun 2001 along masuk college (MTDC), Serdang TANPA PTPTN!!..

Kalau difikirkan semula, gaji rm800 tu mana boleh tampung yuran anak belajar, tampung anak2 yang masih bersekolah lagi etc.

Jadi, bila aku masuk usia 30an, papa mula bising.. Masa tu aku bekerja di Cyberjaya. Papa tanya kenapa aku tak meniaga? Masa tu aku blur. Kenapa suruh aku meniaga sedangkan aku dah stabil bekerja.

Selepas 4tahun bekerja, aku mula merancang masa depan aku dengan husband. Kitorang pasang startegi. Sebelum aku berhenti kerja, aku gunakan kwsp untuk beli rumah (penting ada kwsp untuk beli rumah). Selepas urusan beli rumah selesai, aku berhenti kerja dan berniaga.

Aku berniaga kecik2 je. Buat ikan bakar dekat kedai makan bapak aku. Buat catering sikit, hantar lunchbox kalau org tempah. Alhamdulillah boleh tampung komitmen aku setakat ni. Simpan sikit ada lebih aku ngan husband pergi bercuti.

Ada pro & cons berniaga atau makan gaji ni. Kalau nak beli rumah, kereta macam mana pun lebih mudah kalau ada penyata kwsp. Kalau berniaga sendiri boleh juga beli tapi quite struggle melainkan ko berniaga kencang bukan suam2 kuku.

Yang NAK berniaga pun aku sarankan kerja dulu timba ilmu dengan company lain. Belajar macam mana diorang operate business. Paling penting profesionalism kena ada. Baru la jadi majikan yang baik! Ini TIDAK!! Aku tengok kawan2 yang tak pernah bekerja dgn org tetiba bukak business kelam kabut management diorang. Nak jadi profesional pun tak reti, semua gasak hentam kromo. At the end bungkus.

Bukan senang nak berniaga tapi bukan senang makan gaji. Masing2 ada stress tersendiri. Itu semua pengalaman. Ambil sebagai ilmu.

Even husband aku pun orang asik tanya "eh ko xnak buat bisness sendiri ke?" Aku cakap JANGAN! SEBAB BIDANG DIA AS A SOFTWARE ENGINEER perlukan knowledge yang mantap nak buat business.

Pendek cite, nak buat business kena kaji segala sudut. Untung rugi tu biasa. Modal kena sedia. Bila dh dpt momentum tu baru korang rasa secure sikit.

Jadi, sekarang ni aku memang pilih berniaga walaupun aku ada degree in IT. Bila gaji tak naik2 pun sakit ati. Baik berniaga kan.. Cuma kena sabar sikit. 6bulan pertama tu memang susah sikit.

Akhir sekali, pada sesiapa nak berniaga aku cadang keje dulu dengan org at least 5tahun. Baru korang nampak line berniaga tu mcm mana. Korang akan nampak cara macam mana nak kembangkan perniagaan. Itu paling utama.