Ads 468x60px

Labels

Visitor Counter

Tags

10 December 2017

Pengalaman naik bas dari TBS ke Hatyai (Immigration)

Semalam 9/12/2017 adalah hari bersejarah buat along & aley.. Along bertemu jodoh pada usia 34tahun.. Walaupun org kata dah lewat tapi pada kami it's ok itu kan aturan buat dia.

Sepanjang bulan lepas husband aku dh penat menguruskan keje2 dia. Minggu ni bertambah stress dgn majlis kahwin ni. Stress bukan sebab apa, sbb kacau waktu rehat dia je. Tapi dia ok masih layan tetamu yang hadir dgn baik.

Malam tadi aku dah nak tido pukul 9.30pm, dia ckp "nak jalan tak?".. Aku cakap pegi mana??.. Dia kata "jom pegi melaka".. Aku ketawa.. 100kali pegi melaka tu nak buat apa..

Pastu aku nak lelap, aku fikir sian plak husband aku.. Biasa kalau dia ajak jalan ni, dia mmg btol2 stress.

Ceritanya, trip kali ni kami pegi secara mengejut. BUKAN bersama pengantin! Tapi aku & husband saje. ORG LAIN YANG KAWEN, KITE PLAK HANIMUN!! HAHAHAHA..

Aku bangun, aku cakap "awien siap bag skrg kita backpack".. Ok this is our 1st time backpack naik bus! Sebelum2 ni naik kereta atau naik kapal terbang. Tu pun sbb aku hantar abg ipar aku aritu dekat TBS, aku tgk sistem bus pun dah canggih mcm naik flight..

Tapi KAMI KAN BARU LEPAS KENDURI. Walaupun kahwin dekat dewan, mama & adik beradik aku masih ada dekat rumah. Aku minta izin mama. Ye lah walaupun dah ada husband kenalah tanya pendapat org tua btol tak? Ok ke tidak kalau kami pegi waktu2 mcmni.. Mama kata OK!

Ok jadinya kitorang set masa, siap dalam masa 30min sahaja. Nak berak ke kencing ke gosok gigi ke pada waktu tu.. 10.30pm laki aku call grab car. Kitorang gerak pegi TBS.. Kos naik grab dari DENGKIL KE TBS LEBIH KURANG RM 30.

Sampai2 TBS dalam pukul 11.00pm, mesin e-ticket tu dah tutup pulakkk.. Diorang tgh servis ke ape xpasti la.. Orang punyalah ramai dekat 4 counter manual yang buka.. ALLAHHH.. Aku dah kecundang dah.. GRAB DH BAYAR RM 30. PATAH BALIK MCM XBALOI JE KALAU TAK DAPAT JALAN 😂😂😂

Sudahnya kitorang beratur jugak! Sambil2 tgk tiket ke HATYAI masih ada atau tak. Aku mula2 pelik kenapa ambil masa yang lama untuk beli tiket. Bila turn aku sampai, baru aku faham.. Skrg nak beli tiket bas pun kena bagi IC.. Dia akan key in nama, alamat, no tel.. Mak aiii canggih!! Masa nak beli tiket tu nak ke HATYAI semua dh penuh. Yang ada tiket pukul 8.00am esok. Haiyooo!! Berapa jam aku nak tunggu.

TAPI nasib baik aku dh ckp kat husband aku awal2.. Cari route lain siap2 kalau xde tiket pegi HATYAI. So kitorang decide route 2 pegi penang. Kitorng beli tiket pegi BUTTERWORTH dengan harga rm 58 untuk 2orang. Bas pukul 11.30pm.

Lepas beli tiket kitorang pun masuk Gate 8. Turun2 xde org! Kami berdua je dekat gate 8 tu. Tak lama tu ada sorang budak cina tegur "u punya tiket sama dengan i tak pergi butterworth pukul 11.30pm".. Aku jawab ya. Dia pun duduk belakang. Tak lama tu kawan2 dia datang. Dalam hati aku "owh bukan sorang"..

Eh eh alih2 ada announcement bas delay pulakkk.. Aku pun ok je tunggu. Dah pukul 12.00am masa tu ada sorang perempuan jaga situ dia ckp melalui walkie talkie sambil check tiket kitorang.. Aku dgr dia cakap "bas overload 5org je boleh naik"..

Sekali pompuan tu datang kat kitorang, dia cakap hanya kitorang berdua xboleh naik sebab bas penuh.. Motherfucker betul. Hahahhaha.. byk2 org ko pilih kami! Pastu dia kata ada bas lain pukul 1.30am masih ada.

Ok fine!.. Kami naik nak tukar bas. Yang pompuan kat bawah tu kata ada bas ke Butterworth pukul 1.30am sekali dalam sistem sold out!! Ehhh!! Pastu ada bas jadual pukul 2.00am, yg penjual tiket tu cakap TAK BOLEH BELI SEBAB BAS TAK JALAN!! HAHAHAHAHHA.. BERTEKAK JUGAK LA KAT SITU. MENGGIGIL2 MAMAT TU MENJAWAB DENGAN KITORANG.

Tapi aku ngan husband aku ni pantang buat keje separuh jalan. Aku decide untuk beli je tiket ke hatyai pukul 8.00pagi tu. So beberapa jam yang ada waktu tu kami check in hotel budget area TBS. Aku pesan melalui AGODA.

Sampai2 hotel, lamaaaa dia check list.. Husband aku dgn selamba tunjuk screen computer dia "tu tu email no 2.. nama Awien Ariff".. Abang tu diammm je.. Tak lama tu dia kata "sebenarnya bilik abg nak ni dah full"..  Actually bilik tu paling murah.. pada kitorang jam 1.00am ni tido atas lantai pun xpe.. nak rehat kejap je.. Kitorang dh mula rasa kebal waktu ni. Kitorang berdiri je kat situ xgerak. Aku tanya dia, kalau full kenapa agoda show bilik tu. Abang tu kata sebab diorang tak update. Sekali abang tu kawtim dia bagi bilik yang ada iaitu JUNIOR SUITE TANPA SEBARANG CAS TAMBAHAN. ALHAMDULILLAH.. HAHAHAH...

So, naiklah kami ke bilik tu berehat.. Masing2 kunci jam pukul 6.00am. Jadi, plan asal nak Hatyai tercapai tapi kami tak harap apa2 sebab ni memang plan gila kami!! Angkat bag terus pegi. Kau tanggung la segala risiko sendiri. HAHAHAHA..