Ads 468x60px

Labels

Visitor Counter

Tags

13 April 2018

Pilih nak kerja atau surirumah

Harini nak cerita pasal pilihan wanita sama ada bekerjaya atau surirumah selepas berkahwin.

Nak tekankan pada orang yang dh kahwin je sebab komitmen dah paras hidung kan selepas kahwin.

Ok komitmen di sini bukan sahaja nak kukuhkan kewangan tapi nak menjaga sebuah keluarga tu masya allah.. yang melalui sahaja yang tahu.

Bayangkan yang bekerjaya bangun pagi2 sebelum subuh, masak untuk keluarga. Kemudian selepas subuh nak siapkan anak2 ke sekolah/nursery, ehhh suami pun nak kena siapkan. Mana nak gosok baju, seluar dia lagi.   Itupun nasib kalau dia nak pakai baju yg kita dah gosok, kekadang terpaksa dia gosok baju lain. Bergegas ke tempat kerja tu mcm2 pressure pulak. Balik petang berkuntau masak kat dapur untuk dinner seisi keluarga. TETTTTTT apa yang tak buat? BASUH BAJU, LIPAT BAJU2 YG DAH KERING, CUCI KUALI BELANGA, PINGGAN MANGKUK MASA DINNER TADI.. fuhhh kau rasa pukul berapa mak ni nak tido?? Lantas ibu2 bekerjaya ni kadang kala terpaksa skip tugas2 rumah hariannya. Kasihan bukan..

Biasa kita dgr org kata "eleh dia surirumah xbuat apa pun".. Jeng jeng jeng.. Tapi isteri2 yang menjadi suri rumah biasanya akan selesaikan rumah dari A-Z dalam masa sehari!! Ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa ni bangun2 akan siapkan sarapan. Solat subuh kemudian siapkan anak2 & suami. Ok... selepas suami berangkat pergi tempat keje, yeahhh nilah masa dia nak berperang. Buat keje rumah seperti menyapu rumah, kemas dapur, masak tghari, cuci baju, lipat baju, mengemop rumah. Waktu anak balik sekolah (kalau ada) tghari waktu yg kelam kabut. Huhu.. kalau ada sekolah ngaji waktu ptg tu, waktu tghari tu lah nak siapkan dia, nk bg dia makan semua sebelum hantar ke sekolah ngaji plak. Baru dpt solat zohor.. Lepas tu kalau nak rehat boleh la sejam dua. Kemudian bangun plak angkat kain kat ampai tadi pagi basuh kalau ada. Ibu yang duduk kat rumah ni bontot xberehat sgt. Sampai ke malam..Nak2 kena pantau anak punya kerja sekolah.. Fuhhhh!!!

Situasi ibu2 ni ada lebih & kurang. Yang bekerja stress bekerja demi mengukuhkan ekonomi keluarga. Yang surirumah diberi peluang menjaga keluarga sepenuhnya, penat tu tuhan saja yang tahu.

Ok ni situasi aku plak. Seorang surirumah juga.. Rumah ni kami tinggal berdua. Belum ada baby. Bangun pagi, aku xboleh xde depan mata laki aku. Dia mmg sejenis xboleh xnampak bayang aku 😂😂 nanti dia bangun cari melilau.. Lepas dia bangun aku akan sediakan sarapan. Kadang2 dia xnk makan pun. Bergantung pada menu.

Lepas dia mandi, mesti nak pakai baju kan?? Ok... penyakit dia ni mmg manja ke apa aku xdpt agak sebab dia xkan ambil baju & seluar sendiri (melainkan aku xde/demam). Walaupun aku berbuih bgtau dia, ni baju2 keje sayang.. Nanti amik kat sini.. Dah siap tunjuk kat mana letaknya brg2 dia. Tapiiii.. dia nak tgn aku sendiri yang amikkan bagi kat tgn dia 🤦🤦 Sama juga dengan makan, minum dia. Dia xnk tgn dia sendiri yang amik. Nak aku jugak yang serve!! Mula2 kahwin stress jugak.. Sebab masa tu aku bekerja. Tapi sama je.. Masa aku keje dia selalu ckp "syg xpayah la keje.. duduk rumah". Tak lama tu aku benti. Tapi sbb aku bosan, aku meniaga. Pun sama dia suruh stop meniaga. Tak pun suruh amik pekerja. Bila aku dh ada pekerja masa tu dia lega la.. Hari2 hadap dia lagi. huhuhu.. Tapi itulah, kite ni kadang2 xdpt apa yg kite nak. Aku xdpt keje, tapi dpt jaga keluarga, buat masa ni aku rasa ok la sebab kalau emergency ke apa2 aku ada sentiasa. Tapi yang hebatnya bila suami kau ikhlas, rezeki dia pun tak putus2. Mungkin btol nak murah rezeki jangan kedekut dgn isteri. Tapi kekadang aku naik takut pulak.. Laki aku borosss.. bukan boros pada diri dia. Pada diri aku 😪😪 Kalau dgr mcm poyo kan.. Tapi ini realiti. From head to my toe mmg dia sediakan sampai aku rasa aku useless. Ye lah aku dari kecik mmg usaha sendiri. Umur 12tahun aku dh start tolong mak aku goreng mee kat kedai, nak dpt duit poket 🤷🤷 Mmg bapak aku ajar jgn minta2 kat org, nak usaha sendiri.. Sekali dpt laki sediakan segala mmg kekok la.. Kekadang sampai tahap aku curiga dia ada pompuan lain sbb tu baik sgt 😌😌 Tu belum masuk nak pegi bercuti hiburkan aku yg duduk rumah ni 😒😒

Hurmm apa pun yang berlaku setiap manusia pasti ada kekurangan. Sebaiknya kita syukur apa yang ada dan redha dengan setiap dugaan yang Allah beri.

Yang bekerjaya kena pandai beri masa untuk  keluarga, yang surirumah kena pandai jaga diri, jangan terlalu sibuk uruskan rumah. Jadi aman2 je semua ok. Jangan bergaduh ko keje xdpt jaga laki, ko xkeje xde duit sendiri.. Masing2 ada alasan tersendiri dan matlamat hidup berbeza.