Alkisahnya macam nih, aku teringin sgt nak makan lauk kegemaran aku terung masak sambal (antara lauk terpilih, actually byk lg yg aku gemar). So memandangkan duduk kat rumah sewa + tengah jimat cermat, aku fikir lebih baik aku masak je sendiri terung masak sambal tuh.
Masak punya masak, tanpa aku sedari itulah kali pertama aku masak terung dalam hidup aku. Selama ni aku taktau pulak cara-cara masak terung.
Resepi kompom tau. So aku pun tumbuk lah bahan2 untuk jadikan sambal dia... Selepas itu ku tumis seperti biasa, lalu kucampakkan terung ke dalam bahan tumis itu.. Malang tak berbau, aku terbau lain macam je. Aku ni ada deria bau + rasa yang seimbang. So dari bau, aku dah boleh tau apa rasanya. Color terung tu pun bukan purple, dah jadi color kelabu asap. Alamak!
Baunya bukan hangit tapi org utara kata "merong" atau nak translate to perak dictionary "meghong". Nak kata baunya hangit bukan, tapi ada yg tak kenalah! Ibarat korang masak kari guna rempah kurma gamaknya. So aku call mama time tu jugak! ahahhaha..
Masa aku call tu, mama dgr aku minta resepi terus dia kata "ko kalau tepon mama, itulah keje ko".. Mama cakap camtu teringat pulak kat Mak Jah Keluarga Iskandar. HAHAHHAHA..
Sekali mama dah bagi resepi, aku lantas kata "Betul lah resepi org tu". Sekali mama sambung "cara masak dia ko tak reti lah tuh".. Jeng Jeng Jeng..
Baru ku tahu, kalau nak masak terung, rupanya kena goreng dulu atau layor dulu kat api terung tuh.. Hahahhaha.. Patutlah aku tungu punya tunggu apa pasal terung tu taknak lembut. Adoiyaiii..
So inilah gambo terung masak sambal yang tak menjadi tuh. Sedih!
0 comments:
Post a Comment