Bukan kata orang.. AKU PUN SAMA! Sampai satu tahap aku rasa benci dengan diri aku. Bila berdoa minta bukan2.. Kalau aku record setiap doa aku, malunyaaa aku :((
Kebiasannya kita akan doa minta rezeki. Tapi kalau memanjang duit tak cukup, kita mula fikir kenapa duit tak cukup2. KITA tak nampak langsung rezeki berduyun2 dah Allah bagi. Rezeki Jodoh, Rezeki Anak, Rezeki Kesihatan, Rezeki Kasih Sayang, Rezeki Boss Baik, Rezeki Kawan Belanja Kita dll..
Aku pun baru sedar sebenarnya yang aku ni golongan tak bersyukur. Nak sgt anak.. Pada aku itu je Allah tak bagi lagi.. Tapi butanya aku, Allah bagi rezeki sekelepuk depan mata aku. Dari poket kosong dah ada isi. Dari menumpang, hampir dapat rumah sendiri. Dari tak kahwin, dah kahwin & banyak lagi Allah dah bagi.. Hurmmm... BUTA BETUL HATI dan MATA AKU.
Sama jugak kadang2 aku perhati kawan2 lain. Ada yang merungut duit memanjang tak cukup lagi2 bila dah ada anak. Nak beli makeup pun tak cukup duit sebab susu & pampers anak lagi mahal takut tak mampu nak tampung perbelajaan. Tapi butanya dia.. Allah dah bagi HARTA DUNIA AKHIRAT (Anak) pada dia. Duk sibuk nak rezeki lebih gah katanya..
Kita ni semua sama. Manusia lemah.. Tak salah berdoa meminta pada Allah tapi bukanlah dengan cara tak bersyukur ibarat Allah tak bagi apa2 pada kita. Aku pun bukan baik sangat.. Tapi selamanya ke aku nak terus jadi orang tak baik tuh.. Nak2 pula kalau fikir usia kita makin lama makin meningkat.. Taknak ke berubah ke arah yang lebih baik kan..
Pendek kata, BERSYUKUR dengan apa Allah beri kerana SEKAYA KAYA MANUSIA ADALAH MANUSIA YANG SENTIASA RASA CUKUP DGN APA YANG ALLAH BERI.