Ads 468x60px

Labels

Visitor Counter

Tags

16 March 2015

Antara Dunia & Akhirat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Dah lama tak update blog. Sebab semakin busy dgn kerja harian dan business yang baru up terkedek2 mcm itik pulang petang (itik pun laju jalannya skrg ni)..

Sejak akhir2 ni otak asik berfikir. Berfikir apa tujuan hidup. Apa tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi. Dengan hidup serba maju dan moden, kita semakin lupa apa itu akhirat. Tatkala ramai orang nak hidup mengikut arus pemodenan, ramai juga lalai untuk persediaan kehidupan di akhirat.

Bila cerita bab duniawi, kita semua punyai cita2 yang sama. Nak kaya. Ini semua orang mahu. Semua mengimpikan kereta mewah, rumah besar, harta banyak. Tetapi tak ramai orang nak rebut "kekayaan" di akhirat nanti. Sedangkan solat pun pun hampir dilupakan. Mengapa? Adakah sektor pekerjaan kita tidak mengizinkan kita beramal ibadat? Mungkin tidak.. Kerana terlalu mengejar dateline sehingga tak mampu nak berdiri untuk solat? Tanya diri masing-masing. Jawapannya ada pada anda.

Tatkala di dunia kita mahukan rumah mewah dan luas, kenapa tidak berusaha untuk mendapatkan "rumah" mewah itu juga di akhirat iaitu syurga Allah swt. Sekalipun kita tidak layak ke Syurga Allah, adakah kita redha untuk terus menyumbat diri kita di neraka? Tanya pada diri anda..

Kita semua manusia biasa tidak terlepas dari godaan syaitan. Sentiasa melalukan silap. Mungkin setiap detik melakukan silap tetapi adakah kita mahu terus membuat silap? Tidakkah kita sedar Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Pada usiaku mencecah 30tahun pada tahun ini, aku sedar aku sudah membuat kesilapan setiap hari setiap saat (mungkin). 30 itu kecil bukan? Cuba ditukar kepada hari. Setahun ada 365hari x 30tahun bersamaan 10950hari aku bazirkan.Bagaimana pula jika tukarkan kepada jam dan saat. Ya Allahh.. Banyak dosa kita :(


Dalam arus moden yang mana kita semakin lalai dengan handphone & computer, kita selalu terkejar2 apabila bersolat. Bimbang tak dapat luangkan masa untuk mengecapi hidup serba moden barangkali. Lagi2 kalau main game. Tak puas bukan kalau dpt lepaskan nafsu setakat 1 jam. TETAPI kenapa anda rasa bazir masa untuk berzikir, membaca alquran dan sebagainya?

Adakah kita semua sudah terlupa akan indahnya Syurga? Masih belum terlambat kalian semua. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. Selagi bernyawa buatlah amal sebanyak mungkin kerana kehidupan yang kekal abadi itu hanya di akhirat BUKAN di dunia yang serba serbi kekurangan.

Bangkit semua... Kita teguhkan iman..


0 comments: