Ads 468x60px

Labels

Visitor Counter

Tags

23 March 2015

Rezeki Orang Lain-Lain




Kita semua hampir tak sedar Allah bagi rezeki pelbagai dekat kita. Tapi kadang2 sebab kita tak bersyukur, kita tak nampak.. Yang kelakarnya ada yang siap tanya Allah "kenapa dia dapat apa dia nak, nasib aku begini2 kurang baik, nasib dia selalu baik".. JARANG ATAU HAMPIR TAKDE yang tadah tgn bunyi mcm ni "Ya Allah aku bersyukur dengan apa kau beri.. Terima kasih Ya Allah"..

Bukan kata orang.. AKU PUN SAMA! Sampai satu tahap aku rasa benci dengan diri aku. Bila berdoa minta bukan2.. Kalau aku record setiap doa aku, malunyaaa aku :((

Kebiasannya kita akan doa minta rezeki. Tapi kalau memanjang duit tak cukup, kita mula fikir kenapa duit tak cukup2. KITA tak nampak langsung rezeki berduyun2 dah Allah bagi. Rezeki Jodoh, Rezeki Anak, Rezeki Kesihatan, Rezeki Kasih Sayang, Rezeki Boss Baik, Rezeki Kawan Belanja Kita dll..

Aku pun baru sedar sebenarnya yang aku ni golongan tak bersyukur. Nak sgt anak.. Pada aku itu je Allah tak bagi lagi.. Tapi butanya aku, Allah bagi rezeki sekelepuk depan mata aku. Dari poket kosong dah ada isi. Dari menumpang, hampir dapat rumah sendiri. Dari tak kahwin, dah kahwin & banyak lagi Allah dah bagi.. Hurmmm...  BUTA BETUL HATI dan MATA AKU. 

Sama jugak kadang2 aku perhati kawan2 lain. Ada yang merungut duit memanjang tak cukup lagi2 bila dah ada anak. Nak beli makeup pun tak cukup duit sebab susu & pampers anak lagi mahal takut tak mampu nak tampung perbelajaan. Tapi butanya dia.. Allah dah bagi HARTA DUNIA AKHIRAT (Anak) pada dia. Duk sibuk nak rezeki lebih gah katanya..

Kita ni semua sama. Manusia lemah.. Tak salah berdoa meminta pada Allah tapi bukanlah dengan cara tak bersyukur ibarat Allah tak bagi apa2 pada kita. Aku pun bukan baik sangat.. Tapi selamanya ke aku nak terus jadi orang tak baik tuh.. Nak2 pula kalau fikir usia kita makin lama makin meningkat.. Taknak ke berubah ke arah yang lebih baik kan.. 

Pendek kata, BERSYUKUR dengan apa Allah beri kerana SEKAYA KAYA MANUSIA ADALAH MANUSIA YANG SENTIASA RASA CUKUP DGN APA YANG ALLAH BERI.




17 March 2015

Lewat Period Tapi Tak Pregnant

Buntu otak aku bila dah biasa tiap2 bulan period, sekali dah sebulan lebih tak period. Haihhhh.. Kalau ikut history aku pernah kena mcm ni tapi masa tu aku consume ubat supplement utk kulit. Lepas kejadian tu aku xpernah mkn ubat langsung. Biaq pi org kata muka ku kusam atau hitam..

Last period aku 12hb Feb 2015. Waduh bayangkan mcm2 sakit ada skrg ni.. Mana tidaknya dah biasa tiap2 bulan buang darah kotor sekali takde.. Husband aku kata aku pregnant. Tak sabar2 nak pegi jumpa doctor. Aku mula2 dah cakap malas nak scan sebab aku dh check upt kat rumah beratus kali. Mmg clear.

As expected lepas scan kat klinik, mmg btol aku tak pregnant. Tapi aku tanya doctor kenapa aku tak period? Sepanjang hidup aku mmg xpenah lewat sampai mcmni. Doctor tu mcm nak taknak layan aku.. Dia cuma jawa sebab dinding rahim menebal. Aku tanya doc "menebal sebab nak period lah kannn".. Doctor jawab "tak semestinya".. So aku balik dalam keadaan blur takde jawapan.

Tapi muka laki aku nampaklah frust. Tapi aku tanya dia apsal frust dia jawab mana ada frust. Hahahahha..

Sebenarnya yang membuatkan aku kecoh tak period2 ni bukan sebab apa aku takut aku berpenyakit. Paham2 je lah org kalau dah kahwin paling risau bab kesihatan rahim.

Jadi aku pun borak dengan mak aku tadi kat telefon, mak aku tak habis2 kata aku pregnant. AKU NI BLURRR jeeee..

AKu pun gatal la tgn search kat internet pasal rahim menebal ni apa maksudnya.. Rupanya rahim menebal sebab nak period atau tanda awal kehamilan.. Arhhhh tapi scan tak nampak apa kan? So aku rasa taklah.

Cuma skrg ni aku nak usaha cara lain untuk bagi period. Sebab perut, kepala, tulang belakang, punggung aku start sakit2.. Hormon xbetul silap2 lain plakpenyakit sampai.

Doctor kata yang putih setompok dalam rahim tu menunjukkan rahim menebal. Mmg bukan pregnant. kalau pregnant scan tu akan nampak bulat karung..

Wahhh.. skrg xtau nak buat apa.. Macam mana nak solve keluarkan period pun xtau.. Kot2 la ada sesapa terbaca blog ni, boleh lah bagi sikit komen ok!

16 March 2015

Antara Dunia & Akhirat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Dah lama tak update blog. Sebab semakin busy dgn kerja harian dan business yang baru up terkedek2 mcm itik pulang petang (itik pun laju jalannya skrg ni)..

Sejak akhir2 ni otak asik berfikir. Berfikir apa tujuan hidup. Apa tujuan kita dihidupkan di atas muka bumi. Dengan hidup serba maju dan moden, kita semakin lupa apa itu akhirat. Tatkala ramai orang nak hidup mengikut arus pemodenan, ramai juga lalai untuk persediaan kehidupan di akhirat.

Bila cerita bab duniawi, kita semua punyai cita2 yang sama. Nak kaya. Ini semua orang mahu. Semua mengimpikan kereta mewah, rumah besar, harta banyak. Tetapi tak ramai orang nak rebut "kekayaan" di akhirat nanti. Sedangkan solat pun pun hampir dilupakan. Mengapa? Adakah sektor pekerjaan kita tidak mengizinkan kita beramal ibadat? Mungkin tidak.. Kerana terlalu mengejar dateline sehingga tak mampu nak berdiri untuk solat? Tanya diri masing-masing. Jawapannya ada pada anda.

Tatkala di dunia kita mahukan rumah mewah dan luas, kenapa tidak berusaha untuk mendapatkan "rumah" mewah itu juga di akhirat iaitu syurga Allah swt. Sekalipun kita tidak layak ke Syurga Allah, adakah kita redha untuk terus menyumbat diri kita di neraka? Tanya pada diri anda..

Kita semua manusia biasa tidak terlepas dari godaan syaitan. Sentiasa melalukan silap. Mungkin setiap detik melakukan silap tetapi adakah kita mahu terus membuat silap? Tidakkah kita sedar Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang..

Pada usiaku mencecah 30tahun pada tahun ini, aku sedar aku sudah membuat kesilapan setiap hari setiap saat (mungkin). 30 itu kecil bukan? Cuba ditukar kepada hari. Setahun ada 365hari x 30tahun bersamaan 10950hari aku bazirkan.Bagaimana pula jika tukarkan kepada jam dan saat. Ya Allahh.. Banyak dosa kita :(


Dalam arus moden yang mana kita semakin lalai dengan handphone & computer, kita selalu terkejar2 apabila bersolat. Bimbang tak dapat luangkan masa untuk mengecapi hidup serba moden barangkali. Lagi2 kalau main game. Tak puas bukan kalau dpt lepaskan nafsu setakat 1 jam. TETAPI kenapa anda rasa bazir masa untuk berzikir, membaca alquran dan sebagainya?

Adakah kita semua sudah terlupa akan indahnya Syurga? Masih belum terlambat kalian semua. Bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. Selagi bernyawa buatlah amal sebanyak mungkin kerana kehidupan yang kekal abadi itu hanya di akhirat BUKAN di dunia yang serba serbi kekurangan.

Bangkit semua... Kita teguhkan iman..